Peranan Ilmu Sains dalam Penetapan Hukum Syariah dan Kemaslahatan Ummah
Siri Syarahan pada kali ini disampaikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama). Beliau merupakan tokoh yang paling sesuai untuk mengupas isu ini berdasarkan pengalamannya yang meluas selaku ahli akademik, daie serta mufti yang bertanggungjawab dalam pengeluaran hukum berkaitan dengan isu-isu semasa untuk memelihara kemaslahatan umat Islam dalam konteks negara kita, Malaysia secara khususnya dan dalam konteks negara-negara Islam secara umumnya.