Kesepaduan Ilmu dalam Fatwa
Panel membincangkan topik Kesepaduan Ilmu dalam Fatwa. Menurutnya, Fatwa bukanlah perkara yang baru malah dari zaman nabi sampai sekarang ini. Ianya masih berperanan dan relevan terutamanya dalam masyarakat Islam dan ia juga berkembang dari satu masa ke satu masa bukan sahaja dari segi pengurusan, pentadbiran tetapi ilmu pengetahuan serta konteks dalam fatwa itu sendiri memerlukan kepada satu perubahan. Hal ini berlaku dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi dengan perubahan dari segi pengetahuan, kemajuan manusia, pemikiran manusia serta teknologi yang ada sekarang ini.