Kebajikan Haiwan Tanggungjawab Sejagat
Tazkirah ini akan menfokuskan kepada perbincangan haiwan daripada sudut kebajikannya. Ia bukan sekadar perbincangan yang mengetengahkan dalil-dalil naqli serta hikmah syarieyyah penjagaan kebajikan haiwan. Tetapi, ia turut disulam dengan sudut pandang kanun wad’ie yang menitikberatkan isu-isu kebajikan haiwan serta amalan baik yang telah diamalkan demi kebaikan sejagat.